FAQ Perkhidmatan
Berapakah harga perkhidmatan?
Untuk mendapat sebutharga, sila hubungi kami dan kami akan menghantar senarai sebutharga untuk setiap design/projek. Harga mungkin berbeza-beza mengikut projek anda.
Berapakah tempoh kerja anda?
Setelah pembayaran dibuat, biasanya proses kerja kami mengambil 1 hingga 7 hari (kecuali hari minggu atau hari-hari bercuti). Namun setiap projek adalah unik. Masa akan bergantung kepada kerumitan kerja, bajet pelanggan, kesediaan kami, kualiti dan kelajuan maklum balas daripada pelanggan, bilangan semakan / perubahan…
Jika anda ingin kepastian, kami sangat mengesyorkan untuk menghubungi kami beberapa minggu sebelum tarikh akhir projek anda.
Kami TIDAK biasanya menerima tempahan kurang daripada seminggu tarikh akhir, dan jika kami lakukan ‘rush job', harga kami biasanya lebih tinggi. Kami menawarkan perkhidmatan ‘rush' jam jika anda perlukan projek anda lebih cepat.
Bagaimana jika saya perlukan perkhidmatan ‘rush’ untuk kerja siap secepat mungkin?
Caj tambahan untuk perkhidmatan ‘rush' akan dikenakan untuk projek-projek “24-48 jam”, atau projek yang perlu diberi keutamaan untuk siap dahulu berbanding projek-projek lain daripada pelanggan-pelanggan lain. Slot untuk ‘rush job' adalah terhad bagi membolehkan kami fokus kepada satu-satu kerja.
Berapakah perubahan yang boleh diminta?
Perubahan akan dibuat untuk mencapai objektif projek. Proses kerja kami adalah berturutan, kami akan melakukan kerja-kerja secara berperingkat – kajian, konsep, lakaran, koding dan reka bentuk akhir dan kami akan membuat semua semakan yang anda perlukan. Tetapi apabila setiap kerja telah anda luluskan, bermakna tiada lagi perubahan yang boleh dibuat.
Jika ada sebarang perubahan selepas ini, kami akan merunding semula bajet. Perubahan-perubahan yang mungkin akan dikecualikan selepas reka bentuk diluluskan adalah perubahan kecil seperti perubahan ayat atau mungkin reka bentuk kecil.
Perubahan yang diminta bermakna masa juga ditambah (bukan dalam lingkungan awal masa yang dipersetujui di awal projek).
Bagaimana proses kerja anda?
Proses kerja kami adalah tidak formal, iaitu lebih fleksibel:
1. Beritahu kami tentang keperluan anda dan kemudian kita boleh bersetuju dengan terma perkhidmatan.
2. Pelanggan menghantar bayaran pendahuluan sebanyak 50% atau penuh.
3. Kami mengumpul semua maklumat yang diperlukan.
4. Kami mula bekerja / proses reka bentuk.
5. Kami akan memantapkan kerja-kerja reka bentuk.
6. Menghantar preview / draf awal.
7. Anda maklumkan perubahan dan penambahan (jika ada)
8. Bayaran akhir.
9. Menghantar fail akhir.
*** Fail-fail anda tidak akan dilepaskan /dihantar sehingga baki pembayaran dibayar sepenuhnya.
*** Fail-fail anda tidak akan dilepaskan /dihantar sehingga anda bersetuju/meluluskan projek yang telah disiapkan sekiranya telah membuat pembayaran.
Perlu Buat Pembayaran Dahulu? Bagaimana dengan tempahan slot?
Pembayaran perlulah dibuat terlebih dahulu untuk booking slot dan proses design. Projek tidak bermula sehingga pembayaran 50% atau penuh diterima secara tunai sahaja.
- Tempahan design yang MENCECAH atau MELEBIHI RM300, deposit dibenarkan sebanyak 50% untuk tujuan booking slot.
- Tempahan design yang KURANG RM300, bayaran penuh perlu dibuat untuk tujuan booking slot.
Sebarang tempahan slot hanya sah selama 3 bulan. Bermakna jika kami tunggu maklumat lengkap dari anda untuk kami memulakan kerja, kami terpaksa membatalkan slot ini dan wang anda juga tidak akan dikembalikan. Sebarang perbincangan atau masalah, anda boleh hubungi kami sebelum slot ‘expired' agar kami dapat memahami situasi anda.
Bagaimana jika saya lambat memberi maklumbalas untuk kerja yang telah siap?
Kerja yang telah siap dengan tiada maklumbalas daripada pelanggan dalam satu masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang sebab akan dikenakan caj tambahan. Ini bagi memastikan kelancaran urusan antara kami dengan anda dan juga para pelanggan lain.
Bagaimana saya nak order?
KLIK SINI untuk membuat tempahan. Kami akan menghubungi anda semula melalui emel.
Format design yang akan saya dapat?
JPG, TIFF, GIF, JPA, AI, EPS …atau apa-apa bitmap atau format fail vektor akan disediakan mengikut kesesuaian.
Namun untuk projek-projek reka bentuk yang memerlukan PSD atau format vektor memakan lebih banyak masa, kami akan mengenakan bayaran yang tinggi dan mungkin dua kali ganda dari harga asal.
Hubungi kami jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk menentukan format sesuai yang terbaik untuk projek anda.
Hak Cipta (Copyright)?
Hakcipta kerja akhir adalah milik anda setelah kami menerima pembayaran akhir.
Kerahsiaan?
Kami menyimpan hak untuk memaparkan hasil kerja dan reka bentuk dalam portfolio Luvleey, blog atau profil sosial dalam usaha untuk mempromosikan kerja kami.
Jika anda memerlukan “Non-Disclosure Agreement” yang ditandatangani oleh kami, sila hubungi kami untuk membincangkan keperluan anda. Keperluan seperti ini biasanya akan dikenakan caj.
Kaedah pembayaran?
Kami menerima pembayaran melalui Maybank dan CIMB.
Ada diskaun atau free?
Harga yang tertera pada senarai harga dan invois adalah tetap.
Jika bajet anda adalah ketat tetapi munasabah, anda boleh menghubungi kami untuk perbincangan harga.
Ada peluang untuk bekerjasama?
Sudah tentu. Sila hubungi kami bersama maklumat.